Perlindungan Yang Bermula Dengan Kefahaman.
Kami membantu rakyat Malaysia memahami keperluan perlindungan takaful dan mendapatkan solusi yang sesuai dengan keperluan individu serta keluarga.
“Memadankan Perlindungan Tepat Dengan Keperluan Sebenar Anda.”
TAKAFULCARE.COMDibina Untuk Membantu Anda Membuat Keputusan Yang Lebih Yakin
TakafulCare.com ialah platform takaful online di Malaysia yang menghubungkan orang ramai dengan ejen takaful berdaftar dari seluruh negara.
Platform ini bernaung di bawah AREMES Consultancy, sebuah agensi takaful yang sah dan berdaftar dengan Great Eastern Takaful Berhad, bagi memastikan setiap khidmat rundingan mematuhi piawaian industri serta prinsip syariah.
Sejak lebih 5 tahun ditubuhkan, kami telah membantu lebih daripada 2,000 pelanggan memiliki pelan takaful seperti Medical Card, Hibah Takaful, penggantian pendapatan dan pelan simpanan pendidikan.
Sebahagian pelanggan kami juga telah berjaya membuat tuntutan takaful, membuktikan kepentingan perlindungan kewangan ketika berdepan musibah dan kos perubatan yang semakin meningkat.
Diasaskan oleh Rozaimi Mohd Said yang telah berada dalam industri takaful sejak tahun 2020, AREMES Consultancy kini diterajui oleh beliau selaku Group Manager dan dibantu oleh Unit Manager, Amar Ubadah Bin Mohamed Ali serta Syuaibatul Islamiah Binti Roeswardhi.
Dengan kekuatan hampir 40 orang ejen takaful di seluruh Malaysia, kami komited membantu pelanggan memilih pelan perlindungan yang benar-benar sesuai dengan keperluan individu dan keluarga.
Dipimpin Oleh Mereka Yang Berpengalaman
AREMES Consultancy kini diterajui oleh pasukan pengurusan dan perunding yang komited memberikan khidmat rundingan takaful kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Rozaimi Mohd Said
Founder & Group Manager
Amar Ubadah Bin Mohamed Ali
Unit Manager
Syuaibatul Islamiah Binti Roeswardhi
Unit Manager
Apa Yang Kami Pegang Dalam Setiap Rundingan
Needs Based Selling
Kami mengutamakan keperluan sebenar pelanggan sebelum mencadangkan mana-mana pelan perlindungan.
Telus & Profesional
Setiap rundingan diberikan dengan penerangan yang jelas supaya pelanggan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin.
Utamakan Keluarga
Kami percaya perlindungan kewangan bukan sekadar untuk hari ini, tetapi untuk kesejahteraan insan tersayang pada masa hadapan.
Khidmat Berterusan
Hubungan dengan pelanggan tidak berakhir selepas polisi diperoleh. Kami komited memberikan sokongan berterusan.
Akses Lebih Mudah
Dengan kehadiran ejen di pelbagai negeri, pelanggan lebih mudah mendapatkan akses kepada perunding takaful.
Jangka Panjang
Kami membantu pelanggan mendapatkan perlindungan yang relevan dan memberi manfaat jangka panjang.
Tidak Pasti Perlindungan Apa Yang Sesuai?
Dapatkan pandangan daripada perunding takaful kami berdasarkan keperluan dan situasi anda.
Tentang TakafulCare.com
Beberapa perkara yang sering ingin diketahui oleh pelanggan sebelum mendapatkan rundingan takaful.
