Siapa Kami
TakafulCare.com ialah platform takaful online di Malaysia yang menghubungkan orang ramai dengan ejen takaful berdaftar dari seluruh negara.
Platform ini bernaung di bawah AREMES Consultancy, sebuah agensi takaful yang sah dan berdaftar dengan Great Eastern Takaful Berhad, bagi memastikan setiap khidmat rundingan mematuhi piawaian industri serta prinsip syariah.
Sejak lebih 5 tahun ditubuhkan, kami telah membantu lebih daripada 2,000 pelanggan memiliki pelan takaful seperti Medical Card, Hibah Takaful, penggantian pendapatan dan pelan simpanan pendidikan. Sebahagian pelanggan kami juga telah berjaya membuat tuntutan takaful, membuktikan kepentingan perlindungan kewangan ketika berdepan musibah dan kos perubatan yang semakin meningkat.
Diasaskan oleh Rozaimi Mohd Said yang telah berada dalam industri takaful sejak tahun 2020, AREMES Consultancy kini diterajui oleh beliau selaku Group Manager dan dibantu oleh Unit Manager, Amar Ubadah Bin Mohamed Ali serta Syuaibatul Islamiah Binti Roeswardhi.
Dengan kekuatan hampir 40 orang ejen takaful di seluruh Malaysia, kami komited membantu pelanggan memilih pelan perlindungan yang benar-benar sesuai dengan keperluan individu dan keluarga.
Dalam masa 5 tahun ini juga, kami telah berkembang dengan amat pesat seiring peningkatan kehadiran ejen kami di seluruh Malaysia. Kehadiran ejen-ejen kami di Terengganu, Pulau Pinang, Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor membolehkan kami aktif memberikan khidmat di kawasan selatan, utara, pantai timur dan Lembah Klang, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan akses mudah kepada perunding takaful yang dipercayai.
Prinsip teras kami ialah mengamalkan “Needs Based Selling”, iaitu memadankan solusi dengan keperluan sebenar pelanggan. Setiap perunding takaful kami dilatih untuk memahami objektif kewangan, komitmen pendapatan dan tahap perlindungan yang diperlukan sebelum mencadangkan mana-mana pelan.
Pendekatan ini memastikan pelanggan bukan sekadar membeli produk, tetapi memperoleh pelan takaful Great Eastern Takaful yang tepat, relevan dan memberi manfaat jangka panjang buat diri serta insan tersayang.
