Go Back
Report Abuse

Najib Bin Abdullah

Najib Bin Abdullah
Najib Bin Abdullah

Description

Najib Dola merupakan seorang Perunding Takaful bersama Great Eastern Takaful Berhad (GETB) di bawah AREMES Advisory, dengan pengalaman dalam industri takaful sejak tahun 2021.

Najib beroperasi dari Negeri Melaka dan pada masa yang sama mempunyai klien dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia, dengan khidmat konsultasi dan perancangan perlindungan yang boleh dijalankan secara bersemuka mahupun secara dalam talian.

Fokus utama Najib adalah dalam Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness) dan Income Replacement, khususnya membantu individu memahami kesan kewangan yang mungkin berlaku apabila seseorang diuji dengan penyakit kritikal atau mengalami kecacatan kekal sehingga menjejaskan keupayaan untuk bekerja dan menjana pendapatan.

Bagi Najib, perlindungan takaful bukan sekadar tentang membayar kos rawatan. Persoalan yang lebih besar ialah:

“Kalau kita sakit dan income terhenti, macam mana nak teruskan kehidupan dan tanggung komitmen keluarga?”

Dengan pendekatan yang berasaskan keperluan individu, Najib membantu klien mengenal pasti risiko kewangan, memahami keperluan perlindungan dan merancang persediaan kewangan yang bersesuaian dengan keadaan serta kemampuan masing-masing.

Sepanjang penglibatan dalam industri sejak 2021, Najib telah membina hubungan bersama hampir 200 klien, di samping menerima beberapa pencapaian di peringkat agensi dan Great Eastern Takaful Berhad.

Pencapaian & Pengalaman

• Perunding Takaful sejak 2021
• Bernaung di bawah AREMES Advisory | Great Eastern Takaful
• Beroperasi dari Negeri Melaka dengan klien dari seluruh Malaysia
• Beberapa kali mencapai Top 20, Top 10 dan Top 5 Agent di peringkat agensi
• Pernah mencapai Champion di peringkat agensi
• Menerima beberapa pencapaian di peringkat Great Eastern Takaful Berhad (GETB)
• Mengurus dan memberi khidmat kepada hampir 200 klien sedia ada

Specialty

Income Replacement
Perlindungan Sakit Kritikal
Manfaat Cacat Kekal

 

Social Info
Scroll to Top