Rozaimi Bin Mohd Said
Description
Rozaimi Mohd Said merupakan Group Manager dan pengasas kepada AREMES Advisory, sebuah agensi takaful di bawah Great Eastern Takaful Berhad (GETB). Beliau memulakan kerjaya dalam bidang takaful pada 9 Oktober 2020 secara separuh masa.
Beliau berkelulusan Ijazah Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2001. Beliau pernah beramal sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara dan banyak membantu anak guamnya menyelesaikan pertikaian di Mahkamah. Beliau juga pernah bekerja dalam bidang sumber manusia di mana jawatan terakhir beliau adalah sebagai seorang Ketua Jabatan Sumber Manusia.
Bermula pada 10 Disember 2020, beliau meninggalkan alam pekerjaan makan gaji untuk bergerak secara sepenuh masa sebagai seorang Perunding Takaful. Beliau menerima kenaikan pangkat ke Unit Manager pada 1 Januari 2023 dan seterusnya menjadi Group Manager pada 1 Januari 2026.
Antara beberapa pencapaian terbaik beliau sepanjang 6 tahun di GETB termasuklah: –
- Top 3 Agent Nationwide (2021)
- Million Dollar Round Table (MDRT) (2022)
- Kenaikan pangkat ke Unit Manager (2023)
- 1 Million Dollar Unit (1 MDU) (2023)
- Melahirkan 2 orang Unit Manager di bawahnya (2024)
- 3x Star Summit Platinum Qualifiers (2021-2023)
- 4x Star Award Recipients (2020-2023)
- Kenaikan pangkat ke Group Manager (2026)
- Membuka agensi beliau sendiri – AREMES Advisory (2026)
Rozaimi kini memberi fokus yang lebih untuk membimbing Perunding-perunding baru untuk berjaya di dalam industri takaful. Beliau membuka peluang kepada yang berminat untuk menceburi bidang ini untuk menghubungi beliau segera.
Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581 atau rozaimi@takafulcare.com.
Kepada yang berminat dengan peluang kerjaya dalam bidang takaful, sila klik di sini.
ROZAIMI l Group Manager








