Saya tanya beberapa orang kenalan, termasuk prospek dan klien saya, “apa yang paling mahal dalam medical card”?
Ramai yang jawab kos rawatan dan caruman yang mereka kena bayar. Ada beberapa orang yang jawab kesedaran untuk memiliki medical card adalah yang paling mahal.
Jawapan mereka betul tetapi yang paling betul ialah tempoh menunggu dan tempoh pertikaian (waiting and contestable period).
Saya terangkan.
Ada sesetengah orang yang beranggapan medical card ni macam kad kredit. Dapat je kad kredit baru daripada bank, terus boleh swipe.
Medical card ni bukan macam tu. Dapat je, boleh terus guna.
Medical card ada waiting dan contestable period.
Selain kes kemalangan yang mana boleh guna terus medical card yang baru diluluskan, semua jenis penyakit adalah tertakluk kepada waiting period.
Waiting period adalah tempoh di mana penggunaan medical card tidak dibenarkan langsung. Maknanya jika masuk hospital sebab sakit dalam tempoh menunggu, pesakit kena tanggung sepenuhnya bil hospital. Ada medical card tapi tak boleh guna.
Ada 2 jenis tempoh menunggu ialah 30 hari dan 120 hari.
Tempoh menunggu 30 hari adalah bagi penyakit-penyakit umum seperti demam, batuk, demam denggi, apendiks dan sebagainya. Dengan erti kata lain, penyakit yang datang dan pergi dan tidak duduk dalam badan. Selepas 30 hari, anda sudah boleh menggunakan medical card anda dengan mendapatkan surat jaminan (guarantee letter) daripada Great Eastern Takaful Berhad.
Tempoh menunggu 120 hari pula adalah bagi penyakit-penyakit khusus seperti gout, lelah, darah tinggi, kencing manis, kanser dan sebagainya. Dengan erti kata lain, ia adalah bagi penyakit-penyakit yang duduk dalam badan untuk tempoh masa yang panjang atau selamanya.
Tidak seperti penyakit-penyakit umum, penggunaan medical card bagi penyakit-penyakit khusus selepas tamat tempoh menunggu adalah secara pay and claim.
Sebaik tuntutan dibuat kepada pengendali takaful, ia akan tertakluk kepada proses siasatan di mana pelbagai laporan perubatan akan diperolehi daripada klinik-klinik dan hospital-hospital berkaitan bagi mengenalpasti bilakah penyakit tersebut mula wujud di dalam badang pelanggan tersebut.
Sekiranya didapati penyakit tersebut wujud dalam tempoh menunggu atau sebelum permohonan medical carddibuat, maka tuntutan tersebut boleh ditolak dan penyakit tersebut boleh dikecualikan daripada medical cardtersebut. Lebih malang lagi, jika penyakit tersebut sangat berisiko tinggi, medical card tersebut boleh dibatalkan.
Penggunaan medical card bagi penyakit khusus secara pay and claim ini adalah untuk tempoh 2 tahun pertama dan tempoh ini dikenali sebagai tempoh pertikaian ataupun contestable period.
Satu perkara lagi yang anda perlu tahu, dalam tempoh siasatan dijalankan, penggunaan medical card anda akan digantung sepenuhnya buat sementara waktu sehingga proses siasatan selesai. Secara amnya, tempoh siasatan mengambil masa lebih kurang 3 bulan tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh mengambil masa yang lebih panjang.
Jadi, sebab itulah saya katakan waiting dan contestable period adalah perkara paling mahal dalam medical card kerana tempeh 2 tahun pertama selepas permohonan medical card anda diluluskan adalah tempoh masa yang paling kritikal.
Pernah ada prospek saya bertanya, boleh tak kalau dia bayar jumlah tertentu untuk menebus waiting dan contestable period itu? Maknanya, kalua dia bayar jumlah tertentu, dia boleh guna terus medical card tersebut tanpa melalui waiting dan contestable period.
Jawapannya adalah TIDAK BOLEH.
Jadi, bilakah masa terbaik untuk memohon medical card anda?
Jawapannya ialah SEKARANG sementara anda masih lagi sihat.
***************
Artikel ini ditulis oleh ROZAIMI MOHD SAID. Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581.
