“Berapa sebenarnya Hibah yang saya perlukan?”
RM100,000?
RM500,000?
RM1 juta?
Ini antara soalan yang selalu ditanya bila kita mula bercakap tentang Hibah.
Kadang-kadang bila saya suggest RM500,000 atau RM1 juta, terus nampak muka terkejut.
“Banyaknya saya kena ambil?” 😅
Sebenarnya jumlah Hibah bukanlah sekadar kita pilih nombor yang nampak cantik.
RM100K mungkin mencukupi untuk seseorang, tetapi terlalu sedikit untuk orang lain.
Kenapa?
Setiap orang mempunyai gaji, tanggungan, komitmen, bilangan anak dan lifestyle keluarga yang berbeza.
Jadi kali ini saya nak share 3 cara mudah untuk kita estimate berapa sebenarnya keperluan Hibah kita.
CARA 1 — Cara Paling Simple: Berdasarkan Gaji
Ini kaedah paling mudah kalau kita cuma mahu mendapatkan satu anggaran awal.
Saya biasanya gunakan:
Bujang: Gaji Bulanan × 12 bulan × 5 tahun
Berkahwin: Gaji Bulanan × 12 bulan × 10 tahun
Contohnya:
Encik Ahmad sudah berkahwin dan mempunyai pendapatan RM8,000 sebulan.
RM8,000 × 12 bulan × 10 tahun
= RM960,000
Jadi anggaran awal keperluan Hibah beliau ialah sekitar RM960,000.
Sebab itu apabila kita bercakap tentang Hibah RM1 juta untuk seseorang yang berpendapatan RM8,000 sebulan, angka RM1 juta itu sebenarnya bukanlah terlalu besar.
Ia lebih kurang bersamaan 10 tahun pendapatan beliau sahaja.
Tetapi ini masih kaedah yang sangat basic.
Ia belum mengambil kira berapa orang anak, umur anak, komitmen keluarga ataupun berapa lama keluarga sebenarnya masih memerlukan income tersebut.
Jadi kita pergi kepada cara kedua.
CARA 2 — Berdasarkan Tempoh Tanggungan Keluarga
Untuk kaedah ini, kita tengok pula:
Berapa lama lagi keluarga kita perlukan sokongan kewangan?
Salah satu cara mudah ialah melihat kepada umur anak yang paling kecil.
Katakan Encik Ahmad tadi mempunyai anak bongsu berumur 5 tahun.
Kita anggarkan anak tersebut mula berdikari pada umur 25 tahun.
Jadi:
25 tahun − 5 tahun
= 20 tahun lagi
Maksudnya, secara kasar masih ada 20 tahun tempoh tanggungan yang perlu kita fikirkan.
Dengan gaji RM8,000:
RM8,000 x 12 bulan x 20 tahun = RM1,920,000
Belum lagi kita mengambil kira kesan inflasi sepanjang tempoh tersebut.
Tiba-tiba RM1 juta yang kita rasa “besar sangat” tadi sudah mula nampak berbeza, kan?
😊
Sebab sekarang kita bukan lagi melihat RM1 juta sebagai satu lump sum.
Kita melihatnya sebagai:
“Berapa lama duit ini perlu menggantikan pendapatan saya untuk keluarga?”
Dan ini membawa kita kepada cara ketiga — yang bagi saya lebih peribadi dan lebih dekat dengan kehidupan sebenar seseorang.
CARA 3 — Berdasarkan Perbelanjaan Sebenar & Lifestyle Keluarga
Untuk cara ketiga, kita tak tengok gaji sahaja.
Kita buka betul-betul perbelanjaan keluarga.
Cuba ambil kertas, atau buka Excel kalau rajin. 😄
Senaraikan:
1. Perbelanjaan bulanan
Contohnya:
Belanja dapur
Makan minum
Petrol
Tol
Bil elektrik & air
Keperluan anak-anak
Dan perbelanjaan harian lain.
2. Komitmen bulanan
Contohnya:
Loan rumah
Loan kereta
Internet
Tuisyen anak
School transport
Yuran sekolah
Dan komitmen tetap yang lain.
3. Lifestyle keluarga
Ini bahagian yang kadang-kadang kita terlupa.
Keluarga bukan sekadar perlu makan dan bayar bil.
Kalau selama ini setiap tahun kita bawa keluarga bercuti, balik kampung beberapa kali setahun, celebrate birthday anak-anak atau ada family activities tertentu…
Adakah kita mahu semua itu terus terhenti apabila kita tiada?
Tidak semestinya keluarga perlu maintain 100% lifestyle yang sama.
Tetapi sekurang-kurangnya kita kena masukkan ‘reasonable lifestyle expenses’ dalam perancangan.
4. Simpanan yang sudah ada
Kemudian kita tengok pula apa yang keluarga sudah mempunyai:
Savings
ASB
Tabung Haji
Unit Trust
Investment
Dan simpanan lain yang memang boleh digunakan oleh keluarga.
Sebab kalau kita sudah mempunyai RM200,000 dalam simpanan dan pelaburan, kita tak boleh pula buat calculation seolah-olah kita bermula daripada ZERO.
Sekarang Kita Kira
Katakan selepas kita campurkan:
Perbelanjaan + Komitmen + Lifestyle
keluarga Encik Ahmad memerlukan purata:
RM6,000 sebulan.
Dalam setahun:
RM6,000 × 12
= RM72,000 setahun
Kalau kita mahu menyediakan keperluan keluarga untuk 10 tahun:
RM72,000 × 10
= RM720,000
Kalau 20 tahun:
RM72,000 × 20
= RM1,440,000
Kemudian barulah kita lihat simpanan dan perlindungan yang sudah ada.
Contohnya Encik Ahmad mempunyai:
Savings + ASB + Tabung Haji + Unit Trust = RM150,000
Existing Hibah/Takaful = RM200,000
Jumlah resource yang sudah ada:
RM350,000
Kalau beliau mahu menyediakan 20 tahun keperluan keluarga:
RM1,440,000 − RM350,000
= RM1,090,000
Jadi protection gap Encik Ahmad lebih kurang:
RM1.09 JUTA
Itulah jumlah yang sebenarnya kita cuba tutup.
“Wah… Rupanya Banyak.”
Ya.
Biasanya bila buat calculation macam ini, ramai baru sedar.
Sebelum kira:
“RM200K Hibah dah cukup kot…”
Selepas kira:
“Eh… RM200K ni boleh tahan berapa tahun sebenarnya?”
Itulah soalan yang lebih penting.
Jangan tengok:
“RM500,000 banyak.”
Sebaliknya cuba bahagi semula.
Kalau perbelanjaan keluarga RM6,000 sebulan:
RM500,000 ÷ RM6,000
lebih kurang 83 bulan sahaja.
Lebih kurang 7 tahun — itu pun calculation sangat kasar dan belum mengambil kira inflasi atau perbelanjaan besar yang mungkin berlaku.
Selepas itu bagaimana?
Jadi Cara Mana Yang Betul?
Sebenarnya ketiga-tiganya boleh digunakan sebagai kaedah anggaran, bergantung kepada sejauh mana kita mahu membuat calculation.
Cara 1 sesuai kalau nak buat quick estimate.
Cara 2 lebih mengambil kira berapa lama tanggungan keluarga masih memerlukan income kita.
Cara 3 lebih personalised kerana kita melihat bagaimana keluarga tersebut benar-benar hidup sekarang dan berapa kos untuk meneruskan kehidupan tersebut sekiranya pencari nafkah sudah tiada.
Bagi saya, semakin banyak tanggungan dan komitmen kita, semakin penting untuk kita buat calculation yang lebih detail.
Hibah Bukan Tentang Nak Jadikan Keluarga Kaya
Ini perkara yang saya selalu tekankan.
Tujuan kita menyediakan Hibah bukanlah supaya apabila kita meninggal dunia, keluarga terus menjadi jutawan.
Bukan.
Kita sedang cuba membeli masa untuk keluarga.
Masa untuk pasangan menyesuaikan kehidupan.
Masa untuk anak-anak membesar.
Masa untuk mereka habiskan sekolah.
Masa untuk mereka sambung universiti.
Dan masa untuk keluarga menyusun semula kewangan tanpa terpaksa membuat keputusan besar dalam keadaan mereka masih bersedih.
Hari ini kita mungkin orang yang bayar:
Rumah.
Kereta.
Makan minum.
Tuisyen.
Sekolah.
Bil.
Balik kampung.
Family holiday.
Dan macam-macam lagi.
Kalau esok kita tiada…
Bil-bil itu tidak semestinya ikut pergi bersama kita.
Sebab itu soalan sebenar bukan:
“Berapa Hibah paling murah yang saya boleh ambil?”
Tetapi:
“Kalau saya tak balik rumah esok, berapa lama keluarga saya masih boleh meneruskan kehidupan mereka seperti biasa?”
Daripada situ, barulah kita tahu berapa sebenarnya keperluan Hibah kita.
Nota: Tiga kaedah di atas merupakan pendekatan anggaran untuk membantu memahami keperluan perlindungan keluarga dan bukan formula kewangan yang wajib atau universal. Keperluan sebenar bergantung kepada pendapatan, tanggungan, komitmen, aset, perlindungan sedia ada dan objektif kewangan setiap individu. Nilai inflasi dan perubahan kos sara hidup juga perlu dipertimbangkan untuk perancangan jangka panjang.
Penulis: Azura Zakaria
