Suami Isteri Meninggal Dunia Serentak. Siapa Sebenarnya Mewarisi harta Mereka?

Banyak kes yang kita baca di mana suami dan isteri terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kadang-kadang, kemalangan tersebut meragut nyawa semua anak-anak mereka juga. Sekelip mata, satu keluarga “hilang” dari muka bumi ini.

Dalam kes seperti ini, kadang-kadang tidak dapat dipastikan siapa yang meninggal dunia terlebih dahulu kerana apabila orang ramai atau anggota penyelamat tiba di tempat kejadian, kesemua mereka telah meninggal dunia.

Di dalam Islam, apabila berlaku kematian serentak dan tidak dapat dipastikan siapa yang meninggal dunia terlebih dahulu, maka kedua-dua si mati tidak mewarisi harta antara satu sama lain.

Dalam konteks di mana suami dan isteri meninggal dunia serentak, contohnya di dalam kemalangan jalanraya dan tidak dapat dipastikan siapa yang meninggal dunia terlebih dahulu, maka suami tidak mewarisi harta isteri dan isteri tidak mewarisi harta suami. Harta mereka diwarisi oleh waris-waris mereka yang masih hidup.

Pembahagian Harta Suami Isteri Meninggal Serentak

Carta perwarisan harta dalam kes suami isteri meninggal dunia serentak.

Hal ini disebabkan oleh syarat-syarat pewarisan itu sendiri iaitu waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith).

Saya buatkan sedikit perbandingan di mana si suami meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia di hospital.

Dalam kes seperti ini, si isteri akan mewarisi 1/8 daripada harta suaminya dan apabila si isteri pula meninggal dunia, maka waris-waris si isteri akan mewarisi hartanya termasuklah 1/8 bahagian harta yang diwarisi daripada suaminya.

*****************************

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top