Skim Pencen di Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

Antara kerisauan ramai prospek ejen bila nak menyertai takaful ialah dana selepas pencen nanti.

Saya sertai GETB sebab saya nak keluar dari dunia kerja makan gaji. Itu sahaja. Saya dah kira-kira, insyaAllah duit KWSP saya, hasil 19 tahun bekerja makan gaji boleh menampung kehidupan saya selepas bersara.

Jadi, saya takde terfikir langsung masa saya nak mula buat takaful tentang sumber kewangan saya selepas saya bersara dari dunia takaful nanti.

Dana persaraan yang pertama dipanggil deferred benefit (DB). Tidak seperti caruman KWSP di mana sebahagian kecil gaji pekerja menyumbang kepada dana KWSP mereka, DB pula adalah dana berasingan yang dibayar oleh GETB (tanpa mengurangkan komisen kami) berdasarkan actual annual team collection from the contribution payment by our clients.

Ia dikira pada kadar 1.25% dari actual team collection setahun dengan kadar dividen sekitar 4.5% setahun. Ini bermakna bagi seoramng leader di mana pasukan mereka secara keseluruhannya mengutip RM1juta setahun, nilai DB leader tersebut pada dianggarkan sekitar: –

  1. RM130,000 pada tahun ke-5
  2. RM644,000 pada tahun ke-10
  3. RM1.64 juta pada tahun ke-15
  4. RM3.26juta pada tahun ke-20

DB hanya ditawarkan kepada mereka yang berada pada level Unit Manager dan Group Manager sahaja. Ini juga menjadi pembakar semangat untuk para ejen mendapatkan kenaikan pangkat untuk sekurang-kurangnya menjadi Unit Manager.

Dana persaraan yang kedua ialah perwarisan perniagaan takaful kepada isteri atau mana-mana ahli keluarga terdekat. Ibarat seorang kakitangan kerajaan di mana selepas beliau meninggal dunia, wang pencennya akan diwarisi oleh isterinya, begitulah juga dengan perwarisan perniagaan takaful di GETB ini.

Perbezaan yang ketara di antara sistem pencen kerajaan dan sistem perwarisan perniagaan takaful di GETB ialah pasangan yang mewarisi pencen kakitangan kerajaan yang meninggal dunia akan menerima pencen tersebut pada kadar peratusan yang tertentu berbanding gaji terakhir kakitangan tersebut manakala sistem perwarisan di GETB membenarkan waris untuk menerima 100% pendapatan daripada perniagaan pasangan mereka yang telah meninggal dunia.

Syarat untuk mewarisi perniagaan takaful seseorang Group Manager di GETB ialah pewaris tersebut mestilah sekurang-kurangnya merupakan seorang Aspirant Unit Manager (AUM) ataupun Family Takaful Consultant (FTC) di GETB.

Di sinilah terletaknya keistimewaan sistem perwarisan ini.

Saya bagi satu andaian di mana seorang suami merupakan seorang Group Manager manakala isterinya pula merupakan seorang Unit Manager. Si suami meletakkan nama isterinya sebagai bakal pewaris perniagaan takafulnya andai kata dia meninggal dunia.

Andaikan pendapatan si suami adalah RM50,000 sebulan, apabila si suami meninggal dunia, perniagaan takafulnya akan diserahkan kepada isterinya berserta pendapatan bulanan RM50,000 tersebut.

Biasa kita dengar apabila seseorang itu meninggal dunia, maka pendapatannya juga akan terhenti tetapi di GETB, pendapatan itu akan berjalan seperti biasa dan dipindahkan kepada pasangan si mati.

Inilah indahnya kerjaya takaful bersama Great Eastern Takaful Berhad.

Maklumat lanjut berkenaan peluang kerjaya dalam bidang takaful boleh diperolehi di ruangan Peluang Kerjaya di laman sesawang ini..

***********************************

Artikel ini disediakan oleh ROZAIMI MOHD SAID. Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top