Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, mari kita perhalusi makna hibah takaful dah faraid.
Hibah Takaful
Hibah Takaful adalah satu terma yang digunapakai secara meluas di mana manfaat kematian daripada mana-mana pelan takaful yang diniatkan oleh peserta takaful untuk dihibahkan atau dihadiakan kepada seseorang yang telah dinamakan terlebih dahulu.
Faraid
Faraid ialah keadah pembahagian harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia kepada waris-waris yang berhak, berdasarkan kadar dan ketetapan yang telah ditentukan oleh syarak.
Berikut disenaraikan perbezaan utama di antara faraid dan hibah takaful: –
| PERKARA | FARAID | HIBAH TAKAFUL |
| Status Harta | Harta pusaka | Bukan harta pusaka |
| Masa | Pengagihan selepas kematian | Penamaan semasa hidup dan pemberian selepas kematian |
| Penerima | Waris yang ditentukan oleh syara’ | Sesiapa sahaja boleh dinamakan sebagai penerima |
| Kadar/Bahagian | Ditentukan oleh syara’ | Ditentukan oleh peserta takaful |
Persoalannya, memandangkan kedua-duanya adalah kaedah yang berbeza, adakah hibah takaful itu menggantikan faraid?
Hibah takaful TIDAK menggantikan faraid, malahan ia menjadi PELENGKAP kepada faraid itu sendiri.
Saya beri contoh paling mudah.
Andaikan sepasang suami isteri mempunyai 3 orang anak berusia 15, 12 dan 5 tahun. Isterinya merupakan seorang surirumah sepenuh masa manakala suaminya adalah sole breadwinner.
Setiap bulan, si suami membelanjakan RM5,000 untuk keperluan mereka sekeluarga termasuklah bayaran rumah, kenderaan dan sebagainya.
Suami hanya mempunyai simpanan di dalam KWSP sahaja yang berjumlah RM500,000. Ditakdirkan si suami meninggal dunia, si isteri perlu memikul tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan membesarkan anak-anak sehinggalah anak bongsu yang berumur 5 tahun itu mula bekerja.
Jika anak bongsu itu mula bekerja pada usia 25 tahun, maka si isteri perlu membelanjakan RM5,000 sebulan selama 20 tahun, iaitu sehingga anak bongsunya itu mencapai usia 25 tahun.
RM5,000 sebulan x 12 bulan x 20 tahun = RM1.2 juta
Jelas bahawa si isteri memerlukan sekurang-kurangnya RM1.2 juta untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang selesa bersama anak-anak.
Berapa pula bahagian isteri melalui faraid di atas peninggalan wang simpanan berjumlah RM500,000 milik arwah suaminya?
Bahagian faraid seorang isteri ke atas harta pusaka suaminya, dalam kes ini adalah 1/8. Sekiranya si suami meninggalkan wang tunai berjumlah RM500,000, maka bahagian faraid yang layak diterima oleh isterinya adalah RM62,500.
Seorang suami yang cakna dengan situasi ini pasti sedar yang isterinya mungkin akan mneghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan selepas kematiannya.
Maka, suami yang bijak dan penyayang akan menyediakan dana buat isteri tercinta melalui hibah takaful dengan caruman bulanan yang rendah.
Dapatkan sebut harga dan rundingan percuma sekarang juga.
***************************
Artikel ini ditulis oleh ROZAIMI MOHD SAID. Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581.
