KENAPA LAH AKU DENGAR CAKAP KAU DULU

Luahan seorang kawan dan juga bekas client takaful aku yang sekarang ni dah mula sakit.

Kisah ni bermula apabila kawan aku ni yang mencarum takaful dengan aku dekat 3 tahun lebih tiba- tiba jumpa aku kata nak stop sijil. Tak nak ambil takaful dah.

Terkejut aku!!

“Kenapa kau nak stop sijil pulak, kau ambil pun dah lama kan, dari segi bayaran pun kau ok je setiap bulan. Tiba- tiba nak berhenti ni kenapa”.. kata aku kepada dia.

Dia cakap dia tak nak ambil lagi sebab rasa rugi bayar tiap-tiap bulan, tapi tak ada apa-apa claim yang dia dapat dan dia kata dia nak stop sebab bajet tak cukup, komitmen tinggi pula tiap-tiap bulan katanya.

Situasi macam ni akan membuatkan perasaan pejuang takaful bercampur baur. Mana taknya, kalau seeloknya tak payah lah nak stop sijil untuk kebaikan dia jugak nanti tapi pihak client beria-ria nak stop.

Sayang lah nak stop. Kalau jadi apa-apa musibah, susah lah.

Segala pujuk rayu, usaha dilakukan dia tetap dengan keputusan dia nak stop sijil takaful dan dah nekad sangat-sangat.

Hmmm… apa kan daya, kita terpaksa akur dengan keputusan dia dan akhirnya dia stop sijil.
.
..
…
NAK JADI KAN CERITA
Selepas 10 bulan kemudian, tiba-tiba dia call aku kata nak jumpa, katanya ada hal penting nak bincang.

Apa yang dia cakap membuatkan aku terkejut dan tertanya-tanya.

Dia kata nak sambung balik sijil yang stop hari tu. Aku tanya kenapa tu, kenapa nak sambung balik?

Dia kata saja je nak sambung. Tu pun tergesa-gesa tanya aku boleh sambung balik tak lagi ni?

Kita pun hairan. Biasa kalau macam ni, kebiasaannya mesti ada benda yang tersembunyi. Lepas tanya dengan jujur, baru tahu ada udang sebalik batu kenapa nak sambung balik.

Doktor cakap dia dah ada sakit kronik. Diagnosis bulan lepas kena kanser tahap 2.

Masya Allah, minta maaf kawan ku, aku tak dapat nak tolong kau dah sambung balik sijil, kau dah sakit kronik bro!

Kalau kau dah detect ada kanser memang decline lah permohonan takaful tu.

Dia cakap masa dia nak stop dulu, bukan sebab tak cukup bajet ke sebab komitmen tinggi ke, TAPI KAWAN DIA YANG MENGHASUT DIA DULU SURUH STOP.

BODOH AKU DENGAR CAKAP KAU DULU! 😞

“aku sakit kau boleh tolong aku bagi aku duit ke?”

Sesal kemudian tiada guna. Aku hanya boleh mendoakan agar segala urusan dia dipermudahkan dan diberikan kesembuhan sepenuhnya.

Ini adalah antara perkara ralat yang kami hadapi sebagai Pejuang Takaful. Doakan buat kami untuk terus berjuang.

******************************

Artikel ini ditulis oleh AMAR UBADAH MOHAMED ALI. Beliau boleh dihubungi di 013-956 5600

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top