Debaran setiap ejen takaful bila klien masuk hospital ialah nak tunggu GL (Guarantee Letter). Bila hospital submit request untuk dapatkan GL (kemasukan), ada beberapa kemungkinan yang akan berlaku: -
- GL diluluskan terus;
- GL ditolak terus;
- GL ditolak, kemudian diluluskan;
- GL ditolak tetapi masih boleh digunakan secara pay and claim; atau
- GL diluluskan tapi kena tunggu lama.
Hal tentang GL ni berkait dengan status pelan medical card klien tu sendiri dan juga status kesihatannya.
Permohonan untuk mendapatkan GL dibuat pada pukul 7:00 pagi
GL diluluskan pada pukul 7:08 pagi
Jika anda baru sign up medical card dan masuk hospital, issuance of GL memang akan mengambil masa sebab syarikat pengendali takaful nak kena semak rekod kesihatan anda. Contohnya, doktor kena hantar keputusan ujian darah kepada GL Department. Kalau ada apa-apa perkara yang memerlukan maklumat atau pemeriksaan lanjut, GL Department akan minta laporan lanjut daripada hospital. Di sini lah antara punca berlakunya kelewatan dalam issuance of GL.
Jika medical card klien belum cukup tempoh 2 tahun dan dimasukkan ke hospital kerana penyakit khusus seperti gout, darah tinggi, lelah dan sebagainya, permintaan untuk mendapatkan GL memang akan ditolak kerana ia masih dalam tempoh pertikaian (contestable period). Dalam tempoh ni, penggunaan medical card adalah atas dasar pay and claim dan tertakluk kepada siasatan lanjut.
Dalam kes klien saya yang juga merupakan anak saya sendiri ini, medical card beliau sudah berumur lebih dari 5 tahun dan dimasukkan ke hospital pagi ini disebabkan oleh influenza A. Dalam konteks medical card, tempoh 5 tahun ni bermaksud medical card itu dah cukup ranum, cukup matang untuk digunakan, maka ia antara sebab itu GL beliau dapat diluluskan hanya dalam masa 8 minit sahaja.
Sebab itu penting untuk ambil medical card SEKARANG kerana kita tidak tahu bila kita akan gunakan medical card. Lebih lama kita ada medical card, lebih mudah proses untuk mendapatkan GL (Guarantee Letter).
Isu GL ni takde kena mengena sangat pun dengan mana-mana syarikat pengendali takaful.
5 kemungkinan seperti yang dijelaskan di atas tadi, terpakai untuk semua syarikat pengendali takaful.
Jadi, kalau ada mana-mana ejen yang kecoh pasal GL diorang keluar cepat tu, bak kata kawan saya orang Negeri Sembilan, itu membongak namanya.
**************************
Artikel ini ditulis oleh ROZAIMI MOHD SAID. Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581
