Terima Kasih Suamiku

Memang betul hibah takaful RM1juta tidak akan mengembalikan suami yang sudah meninggal dunia tetapi ia mampu memberi sinar masa depan buat balu yang ditinggalkan.

Saya kongsikan satu kisah…

Tanggal 10 Julai 2024 pasti terpahat kukuh dalam kotak pemikiran aku. Aku terima panggilan telefon daripada suami aku. Memang menjadi kebiasaan untuk dia call dan bagitau aku yang dia dah sampai pejabat.

Bezanya, kali ini, suara pemanggil, bukan suara suami aku. Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan Malek. Katanya suami aku terlibat dalam kemalangan jalanraya dan minta aku untuk terus ke hospital.

Setibanya aku di hospital, yang aku nampak adalah sekujur tubuh yang sudah terbujur kaku. Aku kenal sangat dengan tubuh itu.

Doktor segera menghampiri aku dan memaklumkan yang mereka sudah berusaha sehabis baik tetapi Allah lebih menyayangi suami aku.

Jadi, tidak mungkin aku akan lupa tarikh 10 Jan 2024. Tarikh inilah suami aku meninggal dunia secara mengejut akibat kemalangan jalanraya apabila motorsikal yang ditungganginya terlanggar sebuah kereta yang berhenti secara mengejut.

Aku kaku apabila terima berita. Baru pagi tadi dia hantar aku ke pejabat. Aku salam dan cium tangan dia. Dia kucup dahi aku. Tidak ada perkara yang luar dari kebiasaan kami.

Terasa gelap hidup aku apabila tunjang keluarga aku sendiri sudah lagi tiada untuk mewarnai kehidupan kami sekeluarga. Aku pernah melihat situasi ini berlaku pada kawan aku sendiri tetapi tidak pernah menyangka, ia boleh berlaku pada diri aku. Bukan untuk menidakkan qada’ dan qadar yang Allah dah tetapkan dalam hidup aku, sebagai manusia, perasaan ini berkecamuk memikirkan bagaimana aku nak meneruskan kehidupan selepas ini.

Anak-anak aku seramai 3 orang cukup terkesan sebab mereka sangat rapat dengan abinya.

Ramai yang datang menziarahi jenazah arwah suami aku. Mereka juga mengucapkan salam takziah dan ada yang menghulurkan sumbangan wang ringgit. Terima kasih aku ucapkan banyak-banyak kepada mereka.

Macam-macam perkara yang bermain di kotak fikiran aku terutama sekali cabaran membesarkan anak-anak yang masih kecil, berseorangan.

Anak-anak sudah biasa dengan kehidupan yang selesa kerana suami aku bergaji agak besar juga. Dialah yang menanggung perbelanjaan kami sekeluarga setiap bulan. Duit gaji aku memang dia tak usik langsung. Maka dapatlah aku menyimpan sikit-sikit.

Tapi setakat mana simpanan aku cukup untuk tanggung kehidupan kami anak beranak.

Aku bertanya Ustaz tentang urusan pusaka suami aku. Kata Ustaz, memandangkan aku takde anak lelaki dan ibu serta ayah mertua aku juga sudah meninggal dunia, maka adik beradik suami aku turut berhak kepada harta pusaka suami. Baru aku tahu tentang perkara ini. Aku buntu sebab wang yang ditinggalkan perlu dibahagi dengan ipar duai aku.

Alhamdulillah, rumah yang kami diami ini ada MRTT, maka baki pembiayaan diselesaikan sepenuhnya oleh pihak syarikat takaful. Maka kami dapat rumah ini bebas hutang. Alhamdulillah juga kerana ipar duai aku tidak menuntut hak mereka ke atas rumah ini. Tak dapat aku bayangkan kalau diorang nak tuntut hak mereka dalam rumah ni.

Selang seminggu selepas kematian suami aku, kawan baik dia, Azman datang menziarahi aku dengan isterinya. Azman beritahu aku yang suami aku ada membuat hibah takaful dengan dia seminggu sebelum dia meninggal dunia sebanyak RM500,000 dan disebabkan dia meninggal dunia akibat kemalangan, maka nilai hibah naik menjadi RM1juta.

Ya Allah!!!! Kelu lidah aku. Tak tahu nak kata apa!!!

Azman beritahu yang proses pembayaran mengambil masa antara 3 bulan ke 6 bulan kerana banyak laporan yang perlu diperolehi daripada pelbagai pihak.

Aku akur.

Alhamdulillah, proses pembayaran wang hibah dipermudahkan. Wang RM1juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank aku pada 20 Jan 2025. Oh ya! Sebelum tu lagi aku ada terima wang khairat kematian sebanyak RM2,000 daripada syarikat takaful.

Satu kelegaan buat aku. Alhamdulillah. selama ni aku tak ambil cakna tentang takaful. Tapi sekarang aku memang menggalakkan kawan-kawan aku untuk ada perlindungan takaful untuk diorang.

Ada je kawan-kawan aku yang sebelum ni tak bagi suami diorang buat hibah takaful sebab diorang rasa rugi. Baik duit tu bagi diorang untuk shopping.

Nak tergelak pun ada bila dikenang-kenang balik.

Sekarang sudah lebih 2 tahun suami aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Alhamdulillah kehidupan kami di teruskan seperti biasa seolah-olah suami aku masih ada bersama-sama dengan kami.

Dapatlah aku memberi fokus kepada usaha membesarkan anak-anak aku.

Ada yang bertanya, samada aku nak kahwin lagi tak sebab ada yang berhajat nak jadikan aku isteri mereka.

Ada yang bertanya, samada aku nak kahwin lagi sebab ada yang berhajat nak jadikan aku isteri mereka.

Aku jawab yang aku nak fokus kepada anak-anak aku. Sayang aku pada suami amat kuat. Aku sentiasa rasa dia ada bersama-sama kami anak beranak.

Jadi nasihat aku kepada para suami semua, buat lah hibah takaful sebab kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita di dunia ini.

Buat hibah takaful ni bukan mendoakan suami kita meninggal dunia cepat tetapi sebagai ikhtiar untuk kita meneruskan kehidupan sekiranya suami tercinta pergi secara mengejut.

***************************

Kisah ini ditulis oleh ROZAIMI MOHD SAID. Beliau boleh dihubungi di 012-678 3581.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top