Ramai dalam kalangan kita melihat kekayaan dalam bentuk fizikal yang kita miliki hari ini.
Rumah banglo.
Tanah berhektar-hektar.
Kereta-kereta berjenama.
Perniagaan yang dibina bertahun-tahun.
Kita bangga kerana semua itu adalah hasil titik peluh kita.
Tetapi pernahkah kita fikir…
Bagaimana legasi ini akan diteruskan oleh generasi kita akan datang?
Anak-anak kita mungkin mewarisi rumah banglo.
Tetapi…
Mereka mungkin tidak mampu menanggung kos penyelenggaraannya, terutama jika rumah itu jauh dari bandar.
Mereka mungkin mewarisi tanah berhektar-hektar.
Tetapi mereka mungkin tidak mempunyai modal untuk mengusahakannya dan menjadikannya sumber pendapatan.
Mereka mungkin mewarisi kereta-kereta berjenama.
Tetapi kos penyelenggaraan, takaful kenderaan, cukai dan penjagaannya tetap memerlukan wang tunai.
Bagaimana pula dengan perniagaan yang kita bina?
Adakah anak-anak kita benar-benar mampu meneruskan perjuangan yang kita bina selama puluhan tahun?
Aset boleh diwariskan.
Tetapi untuk memastikan aset itu terus menjadi kekayaan, waris memerlukan sesuatu yang sangat penting:
LIQUIDITY – WANG TUNAI
Di sinilah perancangan Takaful Keluarga boleh memainkan peranan.
Bukan untuk menggantikan aset yang kita bina.
Tetapi untuk menyediakan dana supaya waris mempunyai pilihan untuk:
Mengekalkan rumah pusaka
supaya tidak terpaksa dijual hanya kerana tiada wang untuk menyelenggarakannya.
Mengusahakan tanah pusaka
supaya tanah itu boleh terus menghasilkan pendapatan, bukan sekadar menjadi tanah yang tidak dimanfaatkan.
Mengekalkan aset bernilai
termasuk kenderaan yang mungkin mempunyai nilai lebih tinggi pada masa hadapan.
Meneruskan perniagaan
dengan adanya modal untuk melalui tempoh peralihan selepas kehilangan pencari nafkah atau pemilik perniagaan.
Jadi persoalannya bukan sekadar:
“Berapa banyak harta yang kita akan tinggalkan?”
Tetapi…
“Adakah harta yang kita tinggalkan akan membantu waris kita meningkatkan ekonomi keluarga — atau akhirnya memaksa mereka menjual dan menggadaikannya?”
Kita bekerja puluhan tahun untuk membina kekayaan.
Jangan sampai aset yang kita tinggalkan menjadi beban kepada orang yang kita sayang.
Kita sediakan Takaful Keluarga (Hibah Takaful) bukan kerana kita tidak reda dengan ketentuan Allah.
Sebaliknya, kita berusaha kerana kita percaya bahawa untuk mengubah kehidupan, kita perlu berusaha.
Kita tidak tahu bila Allah akan menentukan masa kita.
Tetapi kita boleh berusaha memastikan…
jika tiba masa itu, keluarga kita tidak bermula dari kosong.
Kita tinggalkan bukan sekadar harta.
Kita tinggalkan kemampuan untuk mereka meneruskan legasi.
Tomorrow Starts Today.
************************
Artikel ini ditulis oleh Faizal Osman. Beliau boleh dihubungi di 017-302 2876
